BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 12, 2009

AKTIVITI 13. TUGASAN 4. MINI KAJIAN TINDAKAN

TEORI, STRATEGI DAN KAEDAH UNTUK PERNYATAAN MASALAH

TEORI


Selepas mengenal pasti masalah kajian, didapati terdapat dua teori dan kaedah yang boleh dijadikan panduan di sini bagi menyelesaikan pernyataan masalah:



1. Teori Metakognisi


Teori yang akan digunakan di sini adalah teori metakognisi. Teori metakognisi merupakan teori yang melibatkan pemikiran individu.



2. Teori Motivasi


Teori Motivasi akan digunakan di sini bagi mendorong minat pelajar untuk mendalami subjek Perdagangan yang dirasakan bosan oleh mereka. Oleh yang demikian, Teori Pengajaran Bruner akan digunakan di sini dengan melihat perkembangan kognitif pelajar untuk membina teori pengajaran dan pembelajaran individu. Menurut Bruner, sesuatu pengajaran perlulah mengandungi 4 perkara berikut:
a. menentukan butir-butir pengetahuan sedia ada yang digunakan sebagai motivasi pelajar.


b. bahan-bahan pembelajaran harus distrukturkan secara sistematik supaya mudah dipelajari.


c. menentukan cara yang paling berkesan untuk mengorganisikan bahan-bahan pengajaran supaya mudah dipersembahkan dan mudah dipelajari.


d. menentukan ganjaran dan denda selepas penilaian aktiviti pembelajaran supaya pelajar mendapat kepuasan dalam pelajarannya.



KAEDAH-KAEDAH PENGAJARAN


1. kaedah berasaskan masalah : penyelesaian masalah membolehkan pelajar berfikir secara rasional dan logik apabila menghadapi masalah. Masalah yang diberikan oleh guru hendaklah berkaitan dengan topik-topik pengajaran. Kemahiran berfikir adalah perlu bagi memastikan pelajar-pelajar memikirkan penyelesaian tanpa bantuan guru. Secara tidak langsung, ia memperlihatkan kreativiti, bakat dan potensi seseorang pelajar itu.


2. kaedah pembelajaran kooperatif - memberi peluang kepada pelajar-pelajar berinteraksi antara satu sama lain dan belajar melalui pengalaman sendiri. Semasa pelajar-pelajar belajar dalam kumpulan mereka boleh berkongsi pengetahuan, memupuk nilai2 murni serta mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi. Kami memilih kaedah ini kerana ia merupakan atau inovasi dalam strategi P & P yang berpusatkan pelajar khususnya dalam mata pelajaran KH dan Perdagangan.



STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN


Strategi pengajaran dan pembelajaran untuk mewujudkan motivasi dan minat pelajar adalah dengan cara:


a. berpusatkan pelajar : menggalakkan tanggungjawab dan penglibatan murid dalam P & P.


b. berpusatkan tugas: murid menyempurnakan tugas (mencari iklan yang bersesuaian dengan topik pengajaran guru), aktiviti yang diberikan oleh guru untuk melihat sama ada pelajar menguasai atau tidak isi kandungan pengajaran dan memberi peluang untuk murid berinteraksi dan mengamalkan penglibatan aktif pelajar di dalam kelas (kaedah kooperatif).



Kerangka Teoritikal


Teori yang dihasilkan oleh Roger Sperry (1970) yang menghuraikan bahawa manusia menggunakan otak kanannya untuk berfikir secara kreatif dan otak kirinya untuk berfikir secara kritis ingin digunakan di sini bagi menerangkan pernyataan masalah untuk subjek KH. Ini disokong oleh teori pemikiran yang dihasilkan oleh John Barell (1991) menghuraikan pemikiran sebagai proses mencari makna serta usaha mencapai keputusan yang wajar. Untuk mata pelajaran Perdagangan, teori Bruner (1966) menyatakan bahawa pelajar-pelajar akan bermotivasi untuk belajar apabila bahan-bahan pengajaran yang digunakan distrukturkan dengan baik selain butir-butir pengetahuan sedia ada pelajar digunakan sebagai motivasi kepada pelajar untuk belajar sesuatu perkara / mata pelajaran.



Kerangka Konseptual


a. konsep pemikiran


Teori yang dihasilkan oleh

Roger Sperry (1970) dalam konsep pemikiran menghuraikan bahawa manusia menggunakan otak kanannya untuk berfikir secara kreatif dan otak kirinya untuk berfikir secara kritis ingin digunakan di sini bagi menerangkan pernyataan masalah untuk subjek KH.

b. konsep kemahiran berfikir


Konsep yang akan diaplikasikan di sini adalah konsep kemahiran berfikir. Konsep kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seorang yang memperoleh kemahiran berfikir sanggup dan cekap menyusun maklumat, konsep atau idea secara teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan terarah dan wajar.

Kemahiran berfikir secara kritis : kebolehan membuat , mentafsir dan menilai data, idea dan maklumat untuk mencari makna atau menyelesaikan masalah.

Kemahiran berfikir secara kreatif: kebolehan memperluas dan mengembangkan daya imaginasi, kreativiti, dan inovasi dengan tujuan mendapat idea baru atau ciptaan yang asli.



Kerangka Konseptual



Kerangka Operational

No comments:

Post a Comment