BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 12, 2009

AKTIVITI 13. TUGASAN 4. MINI KAJIAN TINDAKAN

TEORI, STRATEGI DAN KAEDAH UNTUK PERNYATAAN MASALAH

TEORI


Selepas mengenal pasti masalah kajian, didapati terdapat dua teori dan kaedah yang boleh dijadikan panduan di sini bagi menyelesaikan pernyataan masalah:



1. Teori Metakognisi


Teori yang akan digunakan di sini adalah teori metakognisi. Teori metakognisi merupakan teori yang melibatkan pemikiran individu.



2. Teori Motivasi


Teori Motivasi akan digunakan di sini bagi mendorong minat pelajar untuk mendalami subjek Perdagangan yang dirasakan bosan oleh mereka. Oleh yang demikian, Teori Pengajaran Bruner akan digunakan di sini dengan melihat perkembangan kognitif pelajar untuk membina teori pengajaran dan pembelajaran individu. Menurut Bruner, sesuatu pengajaran perlulah mengandungi 4 perkara berikut:
a. menentukan butir-butir pengetahuan sedia ada yang digunakan sebagai motivasi pelajar.


b. bahan-bahan pembelajaran harus distrukturkan secara sistematik supaya mudah dipelajari.


c. menentukan cara yang paling berkesan untuk mengorganisikan bahan-bahan pengajaran supaya mudah dipersembahkan dan mudah dipelajari.


d. menentukan ganjaran dan denda selepas penilaian aktiviti pembelajaran supaya pelajar mendapat kepuasan dalam pelajarannya.



KAEDAH-KAEDAH PENGAJARAN


1. kaedah berasaskan masalah : penyelesaian masalah membolehkan pelajar berfikir secara rasional dan logik apabila menghadapi masalah. Masalah yang diberikan oleh guru hendaklah berkaitan dengan topik-topik pengajaran. Kemahiran berfikir adalah perlu bagi memastikan pelajar-pelajar memikirkan penyelesaian tanpa bantuan guru. Secara tidak langsung, ia memperlihatkan kreativiti, bakat dan potensi seseorang pelajar itu.


2. kaedah pembelajaran kooperatif - memberi peluang kepada pelajar-pelajar berinteraksi antara satu sama lain dan belajar melalui pengalaman sendiri. Semasa pelajar-pelajar belajar dalam kumpulan mereka boleh berkongsi pengetahuan, memupuk nilai2 murni serta mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi. Kami memilih kaedah ini kerana ia merupakan atau inovasi dalam strategi P & P yang berpusatkan pelajar khususnya dalam mata pelajaran KH dan Perdagangan.



STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN


Strategi pengajaran dan pembelajaran untuk mewujudkan motivasi dan minat pelajar adalah dengan cara:


a. berpusatkan pelajar : menggalakkan tanggungjawab dan penglibatan murid dalam P & P.


b. berpusatkan tugas: murid menyempurnakan tugas (mencari iklan yang bersesuaian dengan topik pengajaran guru), aktiviti yang diberikan oleh guru untuk melihat sama ada pelajar menguasai atau tidak isi kandungan pengajaran dan memberi peluang untuk murid berinteraksi dan mengamalkan penglibatan aktif pelajar di dalam kelas (kaedah kooperatif).



Kerangka Teoritikal


Teori yang dihasilkan oleh Roger Sperry (1970) yang menghuraikan bahawa manusia menggunakan otak kanannya untuk berfikir secara kreatif dan otak kirinya untuk berfikir secara kritis ingin digunakan di sini bagi menerangkan pernyataan masalah untuk subjek KH. Ini disokong oleh teori pemikiran yang dihasilkan oleh John Barell (1991) menghuraikan pemikiran sebagai proses mencari makna serta usaha mencapai keputusan yang wajar. Untuk mata pelajaran Perdagangan, teori Bruner (1966) menyatakan bahawa pelajar-pelajar akan bermotivasi untuk belajar apabila bahan-bahan pengajaran yang digunakan distrukturkan dengan baik selain butir-butir pengetahuan sedia ada pelajar digunakan sebagai motivasi kepada pelajar untuk belajar sesuatu perkara / mata pelajaran.



Kerangka Konseptual


a. konsep pemikiran


Teori yang dihasilkan oleh

Roger Sperry (1970) dalam konsep pemikiran menghuraikan bahawa manusia menggunakan otak kanannya untuk berfikir secara kreatif dan otak kirinya untuk berfikir secara kritis ingin digunakan di sini bagi menerangkan pernyataan masalah untuk subjek KH.

b. konsep kemahiran berfikir


Konsep yang akan diaplikasikan di sini adalah konsep kemahiran berfikir. Konsep kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seorang yang memperoleh kemahiran berfikir sanggup dan cekap menyusun maklumat, konsep atau idea secara teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan terarah dan wajar.

Kemahiran berfikir secara kritis : kebolehan membuat , mentafsir dan menilai data, idea dan maklumat untuk mencari makna atau menyelesaikan masalah.

Kemahiran berfikir secara kreatif: kebolehan memperluas dan mengembangkan daya imaginasi, kreativiti, dan inovasi dengan tujuan mendapat idea baru atau ciptaan yang asli.



Kerangka Konseptual



Kerangka Operational

Tuesday, December 1, 2009

Aktiviti 12; PEMURNIAN

Pendekatan Sedutan iklan dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Perdagangan / Kemahiran Hidup



Pernyataan Masalah


Matlamat pengajaran perdagangan adalah untuk membentuk pelajar mengetahui, memahami, dan dapat menggunakan prinsip-prinsip dan amalan-amalan positif dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan berkaitan. Matapelajaran KH pula adalah bersifat amali dan berunsurkan teknologi yang dirancang untuk mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan pelajar (masyarakat) secara kreatif, inovatif dan produktif.


Pengkaji mendapati sebagian pelajar kurang melibatkan diri dalam matapelajaran pendidikan perdagangan dan KH kerana pelajar cepat merasa jemu dan bosan. Perkara ini berlaku apabila guru hanya menggunakan teknik kuliah dan syarahan semata-mata bagi matapelajaran perdagangan. Bagi matapelajaran KH pula, pelajar kurang kreatif kerana kekurangan idea dalam menghasilkan sesuatu projek. Di samping itu, kekurangan kemahiran dalam sub topik tertentu mendorong pelajar tersebut kurang penglibatan dalama aktiviti-aktiviti tertentu.


Justeru itu, pengkaji menggunakan kaedah sedutan iklan dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai alternative baru yang mampu menarik minat pelajar dalam menumpukan perhatian dan melibatkan diri secara aktif ketika sesi pengajaran dan pebelajaran. Walaubagaimanapun, teknik kuliah dan syarahan tetap digunakan dalam P&P dan dipelbagaikan dengan menggunakna teknik sedutan iklan.



Tujuan Kajian


Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan penguasaan pelajar terhadap subjek KHB/Perdagangan dengan menggunakan pendekatan sedutan iklan.



Objektif Kajian


  1. Meningkatkan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran dengan menggunakan kaedah sedutan iklan.

  1. Menilai keberkesanan penggunaan iklan dalam menimbulkan minat pelajar mempelajari subjek KHB/ Perdagangan.

AKTIVITI 11; TUGASAN 2; JURNAL

Kajian Tindakan Kaunseling Sekolah; Satu Kajian Kes.

Kesan Penggunaan Gambar Dan Prompt Keatas Tulisan Murid. Kajian Tindakan Oleh Pelajar Siswazah Di Universiti Negari Carlifonia, Northfidge

Kajian Tindakan Terhadap Pembangunan Kurikulum ‘Penjagaan’ Di Taiwan: Bahagian II

Marilyn Joshua

Leslie Luck and Linda Webb

Jane Lee-Hsieh et, al.

Kaunselor di sekolah diberi tekanan untuk membuktikan bahawa mereka juga berperanan dalam meningkatkan prestasi akedemik pelajar melui program-program yang dilakukannya. Program tersebut memerlukan intervensi bagi memastikan ia sesuai dengan keperluan pelajar dan boleh menunjukkan perbezaan pencapaian antara pelajar.

Mengajar murid untuk menulis seringkali memberikan masalah kepada guru. Proses menulis dipengaruhi oleh faktor-faktor yang pelbagai, seperti sikap kanak-kanak terhadap penulisan, minat terhadap satu-satu topik, latar belakang pengetahuan dan pengalaman. Terdapat banyak strategi yang digunakan oleh guru untuk memastikan murid tersebut boleh menulis. Gambar dan visual yang lain adalah popular kerana gambar menjana idea murid untuk menulis tentang apa yang difikirkannya kerana gambar menjana idea murid untuk menulis tentang apa yang difikirkannya, adakah ianya betul? Adakah menulis prompt yang disertakan oleh gambar selalu berkesan dalam membantu murid dalam proses menulis?.

Beberapa tahun sebelumnya, pelajar jururawat kurang mahir dalam latihan penjagaan. Oleh yang demikian, pada tahun 2002, pengkaji membangunkan satu korikulum khusus tentang perkara ini (penjagaan). Ia mengandungi 6 jam kredit yang ditawarkan pada tahun pertama, ketiga dan keempat termasuk aktiviti luar seperti hadiri seminar dan buat kerja amal.

AKTIVITI 10; TUGASAN 1; BUKU

1. Kebiasaannya, guru akan menghadapi krisis dan masalah yang berterusan yang memerlukan mereka menyelesaikannya dengan kemahiran dan pengalaman yang mereka ada.

2. Mencari punca sebenar masalah kadang-kala sukar.

3. Masalah Tingkahlaku-kadang-kala disebabkan oleh masalah kelemahan akedemik, sikap negatif, kurang perhatian, dan sbg.

4. Mengenalpasti masalah kajian dalam KT sangat mudah menjadi proses “chicken-and-egg”.

5. Salah satu kelebihan KT dalam mengenalpasti masalah kajian adalah kemampuan untuk membenarkan pengkaji mengangak masalah, kemudian memurnikan kajian melalui kaedah kitaran Look-Think-Act.

Thursday, November 26, 2009

AKTIVITI 9: MATLAMAT; OBJEKTIF; PERSOALAN

9.1 Matlamat kajian:


Meningkatkan penguasaan pelajar terhadap subjek KHB/Perdagangan dengan menggunakan pendekatan sedutan iklan.


9.2 Objektif kajian:


1. Meningkatkan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran dengan menggunakan kaedah sedutan iklan.


2. Menilai keberkesanan penggunaan iklan dalam menimbulkan minat pelajar mempelajari subjek KHB/ Perdagangan.


9.3 Persoalan kajian:


1. Adakah penggunaan iklan mampu meningkatkan penglibatan aktif pelajar semasa P & P


2. Adakah penggunaan iklan dapat menimbulkan minat pelajar mempelajari subjek KHB/ Perdagangan

Wednesday, November 25, 2009

AKTIVITI 8: CADANGAN


Pengalaman Individu


  1. Pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif supaya pelajar lebih menjadi aktif bersemangat untuk fokus
  2. kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dan dipelbagaikan supaya pelajar tidak bosan dengan apa yang di ajar


Nurul Syuhaiza



  1. Pemilihan guru yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi.
  2. Mengurangkan penghasilan projek yang hampir sama.
  3. Guru memberi fokus yang lebih kepada pelajar yang kurang berkebolehan


Mohd Ery Johaizal



  1. penggunaan teknologi dan media bersesuaian dengan minat pelajar masa kini
  2. guru perlu bijak mengubah suai silibus supaya pelbagai aktiviti tambahan dpt dijalankan


Sumaiyah



Pengalaman Pasukan


Bagi mengatasi kelemahan-kelemahan yang telah dikenal pasti tadi, kami mencadangkan penggunaan sedutan iklan sebagai satu kaedah pengajaran yang boleh diaplikasikan oleh guru semasa mengajar subjek KH/ perdagangan memandangkan kaedah ini tidak pernah diaplikasikan oleh kebanyakkan guru-guru sebelum ini.



Pengalaman Pasukan Luar


  1. penggunaan peta minda
  2. kaedah perbincangan kooperatif dan kolaboratif



Literatur Review


Jurnal

GAYA PEMBELAJARAN DAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Oleh
Giam Kah How

Daripada dapatan psikologi kognitif, seseorang pelajar akan ingat 10% daripada apa yang dibaca, 20% daripada apa yang didengar, 30% daripada apa yang dilihat, 50% daripada apa yang didengar dan dilihat, 70% daripada apa yang disuarakan sendiri dan 90% daripada apa yang dilakukan sendiri.

Dapatan tersebut memberi implikasi bahawa pembelajaran yang berkesan boleh tercapai sekiranya pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Pelajar perlu melihat, mendengar dan melakukan sesuatu aktiviti. Selain daripada itu, pelajar juga perlu berkomunikasi dengan guru serta berkomunikasi di antara satu sama lain. Untuk memudahkan pembelajaran sedemikian, penggunaan multimedia telah dicadangkan.



MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN

oleh
Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir

Perkembangan dalam teknologi multimedia menjanjikan potensi besar dalam merubah cara seseorang belajar, cara memperolehi maklumat, cara menyesuaikan maklumat dan sebagainya. Multimedia juga menyediakan pelbagai peluang kepada para pendidik mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran dan pelajar pula diberi peluang untuk memegang kuasa kawalan bagi sesuatu sesi pembelajaran.