BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 8, 2009

KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Penyelidikan tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif; dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan (Kemmis dan Mctaggart, 1988) Menurut mereka, penyelidikan tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat - tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan refleksi.


McNiff (1988) mentafsirkan penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.


Somekh (1989) menyatakan penyelidikan tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.

No comments:

Post a Comment