LAPORAN KOLOKIUM 2009
MENINGKATKAN PENGLIBATAN DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM MATAPELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN KHUSUSNYA BAGI TAJUK PERTOLONGAN CEMAS TINGKATAN SATU DAN TINGKATAN DUA, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG UTAMA 1, PUCHONG, SELANGOR.
Pembentang:
Yusnani bt Abd. Hamid
Siti Nadia bt. Khalid
Pengenalan:
Kaedah simulasi merupakan satu kaedah yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran jika ia menepati tajuk yamg di ajar. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah ini untuk digunakan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk bab Pertolongan Cemas.
Objektif Kajian:
Pengkaji mengemukakan tiga objektif kajian iaitu pertama untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap tajuk Pertolongan Cemas Tingkatan 1 dan Tingkatan 2, untuk menerapkan kaedah pengajaran baru bagi subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan khususnya tajuk Pertolongan Cemas ke arah perubahan kaedah pengajaran yang lebih efektif serta menyediakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar.
Persoalan Kajian:
Pengkaji telah mengemukakan dua persoalan iaitu apakah kaedah pengajaran yang paling efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatankhususnya tajuk Pertolongan cemas?, sejauhmanakah kaedah pengajaran berasaskan simulasi dapat meningkatkan tahap pengajaran guru bagi tajuk Pertolongan Cemas?.
Methodologi, Sampel Kajian, Setting Kajian:
Pengkaji menggunakan model Kemmis dan McTagget sebagai rekabentuk kajian. Model ini melibatkan Perancangan, Tindakan, Pemerhatian dan Refleksi yang mana turutan adalah secara berterusan. Sampel kajian adalah pelajar Tingkatan Tingkatan 1 dan Pelajar Tingkatan 2. Kajian ini dilakukan di SMK Puchong Utama, Puchong, Selangor.
Pengumpulan Data dan Penganalisisan Data
Pengkaji menggunakan pelbagai kaedah untuk mengumpul data. kaedah yang digunakan adalah melalui pemerhatian, soal selidik dan catatan guru. Apa yang pengkaji ingin tahu daripada ketiga-tiga kaedah tersebut adalah untuk melihat tahap keseronokan pelajar, keterlibatan aktif pelajar, pemahaman isi pengajaran dan tumpuan perhatian.
Dapatan Kajian:
Hasil dapatan kajian daripada pengkaji tersebut menunjukkan bahawa kaedah simulasi yang digunakan oleh pengkaji semasa kaedah pengajaran menjadikan guru lebih yakin untuk menyampaikan isi pengajaran. selain itu menurut pengkaji ini lagi, kaedah simulasi merupakan kaedah yang terbaik dan paling efektif untuk diterapkan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan khususnya tajuk Pertolongan cemas
Implikasi Kajian
Kajian yang dilakukan oleh pengkaji membuktikan bahawa pengajaran menggunakan kaedah simulasi lebih memberikan kefahaman kepada pelajar dalam tajuk Pertolongan Cemas. ini kerana ponsep dalam pertolongan cemas memerlukan latihan secara realiti yang membolehkan pelajar melakukan langkah pertolongan cemas yang betul.
Penambahbaikan:
Pengkaji telah mencadangkan beberapa penambahbaikan. Antaranya adalah menjemput agensi tertentu contohnya Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk menunjukkan simulasi pertolongan cemas yang betul. Selain itu, kaedah simulasi sesuai dilakukan dengan penggabungan kelas mengikut tingkatan dan mestilah dilakukan tilakukan ditempat yang luas dan selesa. Pengasinagan antara lelaki dan perempuan juga dicadangkan untuk mengurangkan rasa malu dan kekok di kalangan pelajar perempuan.
Apa yang Dapat Dipelajari daripada Kajian Tindakan Ini
Kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah sesuai dengan bab. Oleh kerana pertolongan cemas adalah satu perkara yang penting dalam hidup, maka guru perlu menunjukkan kaedah pertolongan cemas yang betul supaya pelajar dapat mengaplikasikannya semasa berlaku kecemasan. Kajian ini juga memberi pengulas idea bagaimana mengaplikasikan pelbagai kaedah pembelajaran lain seperti lakonan, demonstrasi dan lain-lain untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajan apabila mengajar nanti.
No comments:
Post a Comment