LAPORAN KOLOKIUM 2009
APLIKASI PENGUBAHSUAIAN TINGKAHLAKU KE ATAS PELAJAR PENDIDIKAN KHAS MENGGUNAKAN TEORI PELAZIMAN OPERAN
Pembentang
Badrol Hisham b. Majid
Junaidon b. Abdul Majid
Hafis b. Mohamad Dom
Pengenalan:
Teori Pelaziman Operan, yang diperkenalkan oleh Skinner telah digunakan oleh pengkaji sebagai asas dalam kajian ini. konsep yang diambil perhatian adalah konsep dendaan., pengkaji ingin melihat samada konsep dendaan itu mampu mengubah tingkahlaku pelajar yang suka menhunjukkan tingkahlaku negatif.
Objektif Kajian:
Terdapat dua objektif kajian iaitu pertama adalah untuk mengurangkan perlakuaan negatif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran serta untuk meningkatkan tumpuan pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Persoalan Kajian:
pengkaji tidak menyatakan persoalan kajian.
Methodologi, Sampel Kajian, Setting Kajian:
Kajian ini dilakukan selama tujuh minggu terhadap seorang pelajar yang sering menunjukkan perlakuan yang tidak diingini dalam kelas. Rekabentuk kajian adalah merancang, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Pengkaji melakukan kajian di Sekolah Menengah Tun Tuah, Melaka.
Pengumpulan Data dan Penganalisisan Data
Pengkaji menggunakan kaedah pengumpulan data secara pemerhatian. Indikator yang digunakan adalah melalui nasihat dan teguran; penggunaan radio; penggunaan alat muzik; dan dendaan.
Nasihat dan Teguran
Pengkaji menggunakan nasihat dan teguran pada permulaannya. Kaedah ini dijalankan selama seminggu yang melibatkan pelaksanaan pemerhatian, dan refleksi terhadap kaedah itu.
Penggunaan Radio
Kaedah kedua adalah penggunaan radio. Jangka masa waktu yang digunakan juga adalah seminggu yang melibatkan proses perlaksanaan, pemerhatian dan refleksi.
Peralatan Muzik
Kaedah ketiga adalah melibatkan penggunaan alat muzik. Pelajar tersebut akan bermain alat muzik. Jangka masa waktu yang digunakan juga adalah seminggu yang melibatkan proses perlaksanaan, pemerhatian dan refleksi.
Denda
Indikator terakhir yang digunakan adalah melalui kaedah dendaan. Denda akan dikenakan apabila pelajar tersebut menunjukkan tingkahlaku yang negatif.
Dapatan Kajian:
Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah yang paling berkean untuk mengurangkan tatingkahlaku negatif oleh pelajar tersebut adalah melalui kaedah dendaan. Kaedah lain yang digunakan oleh pengkaji tidsk menunjukkan perubahan tingkahlaku yang diharapkan. Melalui kaedah peralatan muzik dan radio, pelajar tersebut hanya memberikan menghentikan tingkahlaku tersebut semasa muzik dan radio dimainkan tetapi ia akan kembali melakukan tingkahlaku lama apabila muzik dan radio dihentikan. begitu juga melalui kaedah nasihat, pengkaji gagal membentuk perubahan tingkahlaku pelajar.
Implikasi Kajian
Kajian menunjukkan kanak-kanak khas ini memerlukan konsep dendaan untuk mengubah tingkahlaku negatif mereka. Kanak-kanak berkeperluan khas ini perlu kepada pendekatan yang sedikit ekstrim untuk mengubah tingklahlaku negatif kepada tingkahlaku positif.
Penambahbaikan:
Pengkaji tidak menyatakan cadangan dan penambahbaikan.
Cadangan serta penambahbaikan daripada pengulas adalah kaedah dendaan ini dikurangkan secara beransur-ansur supaya pelajar yang melakukan tingkahlaku negatif ini mempunyai perubahan tingkahlaku kekal. Selain itu, proses kaunseling khas perlu diberikan kepada kanak-kanak ini untuk mengurangkan tingkahlaku negatif.
Apa yang Dapat Dipelajari daripada Kajian Tindakan Ini
Melalui kajian yang dilakukan, pengulas mendapati teori yang diperkenalkan oleh Skinner boleh diaplikasikan dalam mendidik pelejar berkeperluan khas terutamanya yang mengalami masalah dalam tingkahlaku. Guru perlu peka terhadap tingkahlaku luarbiasa murid untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna.
No comments:
Post a Comment