Pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif supaya pelajar lebih menjadi aktif bersemangat untuk fokus
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dan dipelbagaikan supaya pelajar tidak bosan dengan apa yang di ajar
Nurul Syuhaiza
Pemilihan guru yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi.
Mengurangkan penghasilan projek yang hampir sama.
Guru memberi fokus yang lebih kepada pelajar yang kurang berkebolehan
Mohd Ery Johaizal
penggunaan teknologi dan media bersesuaian dengan minat pelajar masa kini
guru perlu bijak mengubah suai silibus supaya pelbagai aktiviti tambahan dpt dijalankan
Sumaiyah
Pengalaman Pasukan
Bagi mengatasi kelemahan-kelemahan yang telah dikenal pasti tadi, kami mencadangkan penggunaan sedutan iklan sebagai satu kaedah pengajaran yang boleh diaplikasikan oleh guru semasa mengajar subjek KH/ perdagangan memandangkan kaedah ini tidak pernah diaplikasikan oleh kebanyakkan guru-guru sebelum ini.
Pengalaman Pasukan Luar
penggunaan peta minda
kaedah perbincangan kooperatif dan kolaboratif
Literatur Review
Jurnal
GAYA PEMBELAJARAN DAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Oleh
Giam Kah How
Daripada dapatan psikologi kognitif, seseorang pelajar akan ingat 10% daripada apa yang dibaca, 20% daripada apa yang didengar, 30% daripada apa yang dilihat, 50% daripada apa yang didengar dan dilihat, 70% daripada apa yang disuarakan sendiri dan 90% daripada apa yang dilakukan sendiri.
Dapatan tersebut memberi implikasi bahawa pembelajaran yang berkesan boleh tercapai sekiranya pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Pelajar perlu melihat, mendengar dan melakukan sesuatu aktiviti. Selain daripada itu, pelajar juga perlu berkomunikasi dengan guru serta berkomunikasi di antara satu sama lain. Untuk memudahkan pembelajaran sedemikian, penggunaan multimedia telah dicadangkan.
MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN
oleh
Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir
Perkembangan dalam teknologi multimedia menjanjikan potensi besar dalam merubah cara seseorang belajar, cara memperolehi maklumat, cara menyesuaikan maklumat dan sebagainya. Multimedia juga menyediakan pelbagai peluang kepada para pendidik mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran dan pelajar pula diberi peluang untuk memegang kuasa kawalan bagi sesuatu sesi pembelajaran.
subjek perd menjurus lbh kpd fakta yang memerlukan pelajar menghafal berbanding dr memahami isi
guru lebih mengutamakan / fokus untuk habiskan silibus
pelajar menjadi cepat bosan dengan kaedah tradisional yg digunakan
Nurul Syuhaiza
Subjek KHB memerlukan pelajar mencipta banyak projek, oleh itu, pelajar akan merasa yang tidak berkebolehkan akan merasa bosan.
Memerlukan guru yang betul-betul kreatif dalam penghasilan projek.
Pelbagai kategori projek boleh menyebabkan pelajar sukar untuk melaksanakannya. Cth, pelajar yang berkemahiran bertukang tetapi tidak berkemahiran dalam bidang jahitan.
Mohd Ery Johaizal Ramli
Terlalu banyak fakta / pembacaan
Memerlukan guru yang kreatif (penggunaan teknik mengajar yg tidak membosankan)
Hanya option (perdagangan) menyebabkan skop atau ruang lingkupnya agak kecil
Kelemahan 4: tidak berapa mendapat pilihan di hati pelajar2 yg tidak menyukai kamahiran / pembacaan
Sumaiyah
Pengalaman Pasukan
Teknik pengajaran guru yg membosankan (aktiviti terhad-terlalu banyak menyalin nota)
pengajaran yang diajar lebih kepada teacher-centered
alat/perkakas yang tidak mencukupi
penggunaan peralatan multimedia yg terhad
Pengalaman Pasukan Luar
penggunaan BBM tradisional (kad manila / dam ular)
terpaksa menghabiskan silibus
bosan dengan subjek perdagangan kerena memerlukan pembacaan
pelajar tak nampak gambaran sebenar transaksi yg berlaku di dalam dunia sebenar perniagaan. pelajar cuma tahu urusan jual beli sahaja
Literatur Review
Jurnal
Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Oleh
Dr. Rusmini Ku Ahmad
Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam P&P.Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi. Peranan guru dalam mengintegrasikan ICT terlibat dalam semua peringkat proses pembelajaran bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa dan penilaian selepas sesi P&P. Kegagalan guru dalam membuat perancangan yang teliti akan merugikan pelajar dan menjadikan proses P&P kurang berkesan.
Kreativiti diperlukan untuk melahirkan individu/usahawan yang kreatif
Dengan adanya kemahiran, pelajar dapat berdaya saing dalam pekerjaan nanti.
Subjek ini membekalkan pengetahuan, kemahiran dan pebentukan keperibadian yang unggul dalam bidang perniagaan
juga boleh mempertingkatkan produktiviti negara dalam pelbagai bidang industri
membantu pelajar yang lemah dalam akedemik tetapi mempunyai kecenderungan dalam bidang kemahiran
Nurul Syuhaiza
Pelajar dapat menggunakan kemahiran yang tersembunyi untuk menghasilkan projek-projek tertentu.
Cara pemikiran kreatif membolehkan pelajar menghasilkan projek yang menarik.
Silibus yang terkandung dalam KH adalah bermula dari pemghasilan projek hingga penjualan hasil projek. Secara tidak langsung membantu pelajar memahami asas untuk menjadi seorang usahawan berjaya.
boleh melahirkan usahawan yang inovatif serta berdaya saing di pasaran kelak.
Guru boleh menggunakan pelbagai alatan pertukangan untuk menjagar pelajar secara praktikal
Mohd Ery Johaizal Ramli
Meningkatkan pengetahuan tentang bidangperdagangan
mampu melahirkan pelajar yg bkn sahaja tertumpu pada bidang akademik, malah bidang kemahiran (KH)
Sumaiyah.
Pengalaman Pasukan
membolehkan pelajar memperoleh kemahiran dan pengetahuan berasaskan perniagaan dan keusahawanan
membantu meningkatkan aspek kemahiran murid.
Guru membantu pelajar mengaplikasikan/mengasah kemahiran pelajar yeng terpendam.
Pelajar dapat mengaplikasikan teori yang diajar dengan projek-projek yang diajar oleh guru.
Pengalaman Pasukan Luar
1.Bangga dapat hasilkan projek kemahiran hidup sendiri selain dapat digunakan hingga sekarang.
2.Dapat mengetahui tenik-teknik peniaga dan pengilang untuk menjual produk mereka dan sentiasa berhati-hati semasa membeli.
3.Alternatif kepada pelajar-pelajar yang kurang meminati bidang sains dan matematik.
Literatur Review
Jurnal
Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Oleh
Dr. Rusmini Ku Ahmad
Melalui integrasi ICT beberapa perubahan dan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Antaranya ialah perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan pelajar.
Dalam hal ini pelajar menjadi fokus kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan kepada proses penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada teori konstruktivisme. Penggunaan Multimedia dapat mengubah kaedah pembelajaran tradisional yang memerlukan guru memberi arahan kepada pendekatan ‘hands on’ dan menggunakan sepenuhnya sifat inkuiri yang ada dalam diri pelajar.
Penggabungan ICT dalam P&P memerlukan kemahiran dan komitmen guru secara tekal dan berfokus. Peranan guru dalam mengintegrasikan ICT terlibat dalam semua peringkat proses pembelajaran bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa dan penilaian selepas sesi P&P.
Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan dengan menggunakan bahan visual grafik, teks, muzik, video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep.
GAYA PEMBELAJARAN DAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Oleh
Giam Kah How
Mengikut Phillips (1997), multimedia interaktif boleh mengubah cara
seseorang memperolehi maklumat serta cara seseorang itu belajar sekiranya
digunakan dengan berkesan. Ini kerana multimedia dapat
memudahkan pembelajaran yang berpusatkan pelajar kerana pelajar diberi kebebasan memilih bahan pembelajaran sendiri dan belajar pada kadar yang sesuai dengan diri sendiri.
melayan gaya pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar dengan elemen-elemen yang terdapat dalam multimedia
menggalakkan pembelajaran kooperatif dan interaksi di antara pelajar melalui perbincangan dan projek kumpulan
memudahkan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme.
Pendekatan Sedutan iklan dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Perdagangan / Kemahiran Hidup
Tajuk ini dipilih setelah beberapa penilaian dilakukan antaranya faktor minat pelajar, kecenderungan dan keupayaan pelajar serta kreativiti guru dalam membudaya ICT dalam bilik darjah. Iklan sebenarnya mampu memberikan kesan positif kepada aktiviti pembelajaran pelajar kerana:
A) Iklan merupakan sesuatu yang dekat dengan diri pelajar kerana kebanyakkan pelajar-pelajar suka menonton televisyen dan mendengar radio.
B) Paparan iklan mampu menarik minat pelajar kerana ia bersesuainan dengan minat pelajar sekarang yang berkemahiran dalam bidang teknologi / ICT.
C) Paparan iklan juga mampu mendorong pelajar-pelajar menjana idea mereka dengan berfikir secara kreatif dan kritis.
D) Guru mudah untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kerana iklan bukan saja melibatkan aktiviti secara elektronik malah boleh digunakan iklan secara bercetak seperti yang terdapat di dalam majalah dan surat khabar. Variasi teknik pengajaran guru membantu memotivasikan pelajar untuk belajar.
E) Keluar dari kepompong pengajaran secara tradisional atau penggunaan slideshow dan teknik pengajaran
F) Pelajar lebih senang untuk memahami topik yang diajar dengan adanya sedutan iklan sebagai medium pembelajaran
SAMPLE KAJIAN
-pelajar Ting. 1 dan 2 untuk subjek KH -pelajar Ting. 4 untuk subjek Perdagangan - seramai 80 orang pelajar
" Pendekatan Sedutan iklan dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Perdagangan / Kemahiran Hidup"
Tajuk ini dipilih setelah beberapa penilaian dilakukan antaranya faktor minat pelajar, kecenderungan dan keupayaan pelajar serta kreativiti guru dalam membudaya ICT dalam bilik darjah. Iklan sebenarnya mampu memberikan kesan positif kepada aktiviti pembelajaran pelajar kerana:
a) Iklan merupakan sesuatu yang dekat dengan diri pelajar kerana kebanyakkan pelajar-pelajar suka menonton televisyen dan mendengar radio.
b) Paparan iklan mampu menarik minat pelajar kerana ia bersesuainan dengan minat pelajar sekarang yang berkemahiran dalam bidang teknologi / ICT.
c) paparan iklan juga mampu mendorong pelajar-pelajar menjana idea mereka dengan berfikir secara kreatif dan kritis.
d) Guru mudah untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kerana iklan bukan saja melibatkan aktiviti secara elektronik malah boleh digunakan iklan secara bercetak seperti yang terdapat di dalam majalah dan surat khabar. Variasi tekik pengajaran guru membantu memotivasikan pelajar untuk belajar.
e) Keluar dari kepompong pengajaran secara tradisional atau penggunaan slideshow dan teknik pengajaran
Penyelidikan tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif; dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan (Kemmis dan Mctaggart, 1988) Menurut mereka, penyelidikan tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat - tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan refleksi.
McNiff (1988) mentafsirkan penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.
Somekh (1989) menyatakan penyelidikan tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.
MENINGKATKAN PENGLIBATAN DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM MATAPELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN KHUSUSNYA BAGI TAJUK PERTOLONGAN CEMAS TINGKATAN SATU DAN TINGKATAN DUA, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG UTAMA 1, PUCHONG, SELANGOR.
Pembentang:
Yusnani bt Abd. Hamid
Siti Nadia bt. Khalid
Pengenalan:
Kaedah simulasi merupakan satu kaedah yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran jika ia menepati tajuk yamg di ajar. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah ini untuk digunakan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk bab Pertolongan Cemas.
Objektif Kajian:
Pengkaji mengemukakan tiga objektif kajian iaitu pertama untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap tajuk Pertolongan Cemas Tingkatan 1 dan Tingkatan 2, untuk menerapkan kaedah pengajaran baru bagi subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan khususnya tajuk Pertolongan Cemas ke arah perubahan kaedah pengajaran yang lebih efektif serta menyediakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar.
Persoalan Kajian:
Pengkaji telah mengemukakan dua persoalan iaitu apakah kaedah pengajaran yang paling efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatankhususnya tajuk Pertolongan cemas?, sejauhmanakah kaedah pengajaran berasaskan simulasi dapat meningkatkan tahap pengajaran guru bagi tajuk Pertolongan Cemas?.
Methodologi, Sampel Kajian, Setting Kajian:
Pengkaji menggunakan model Kemmis dan McTagget sebagai rekabentuk kajian. Model ini melibatkan Perancangan, Tindakan, Pemerhatian dan Refleksi yang mana turutan adalah secara berterusan. Sampel kajian adalah pelajar Tingkatan Tingkatan 1 dan Pelajar Tingkatan 2. Kajian ini dilakukan di SMK Puchong Utama, Puchong, Selangor.
Pengumpulan Data dan Penganalisisan Data
Pengkaji menggunakan pelbagai kaedah untuk mengumpul data. kaedah yang digunakan adalah melalui pemerhatian, soal selidik dan catatan guru. Apa yang pengkaji ingin tahu daripada ketiga-tiga kaedah tersebut adalah untuk melihat tahap keseronokan pelajar, keterlibatan aktif pelajar, pemahaman isi pengajaran dan tumpuan perhatian.
Dapatan Kajian:
Hasil dapatan kajian daripada pengkaji tersebut menunjukkan bahawa kaedah simulasi yang digunakan oleh pengkaji semasa kaedah pengajaran menjadikan guru lebih yakin untuk menyampaikan isi pengajaran. selain itu menurut pengkaji ini lagi, kaedah simulasi merupakan kaedah yang terbaik dan paling efektif untuk diterapkan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan khususnya tajuk Pertolongan cemas
Implikasi Kajian
Kajian yang dilakukan oleh pengkaji membuktikan bahawa pengajaran menggunakan kaedah simulasi lebih memberikan kefahaman kepada pelajar dalam tajuk Pertolongan Cemas. ini kerana ponsep dalam pertolongan cemas memerlukan latihan secara realiti yang membolehkan pelajar melakukan langkah pertolongan cemas yang betul.
Penambahbaikan: Pengkaji telah mencadangkan beberapa penambahbaikan. Antaranya adalah menjemput agensi tertentu contohnya Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk menunjukkan simulasi pertolongan cemas yang betul. Selain itu, kaedah simulasi sesuai dilakukan dengan penggabungan kelas mengikut tingkatan dan mestilah dilakukan tilakukan ditempat yang luas dan selesa. Pengasinagan antara lelaki dan perempuan juga dicadangkan untuk mengurangkan rasa malu dan kekok di kalangan pelajar perempuan.
Apa yang Dapat Dipelajari daripada Kajian Tindakan Ini
Kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah sesuai dengan bab. Oleh kerana pertolongan cemas adalah satu perkara yang penting dalam hidup, maka guru perlu menunjukkan kaedah pertolongan cemas yang betul supaya pelajar dapat mengaplikasikannya semasa berlaku kecemasan. Kajian ini juga memberi pengulas idea bagaimana mengaplikasikan pelbagai kaedah pembelajaran lain seperti lakonan, demonstrasi dan lain-lain untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajan apabila mengajar nanti.
APLIKASI PENGUBAHSUAIAN TINGKAHLAKU KE ATAS PELAJAR PENDIDIKAN KHAS MENGGUNAKAN TEORI PELAZIMAN OPERAN
Pembentang
Badrol Hisham b. Majid Junaidon b. Abdul Majid Hafis b. Mohamad Dom
Pengenalan:
Teori Pelaziman Operan, yang diperkenalkan oleh Skinner telah digunakan oleh pengkaji sebagai asas dalam kajian ini. konsep yang diambil perhatian adalah konsep dendaan., pengkaji ingin melihat samada konsep dendaan itu mampu mengubah tingkahlaku pelajar yang suka menhunjukkan tingkahlaku negatif.
Objektif Kajian:
Terdapat dua objektif kajian iaitu pertama adalah untuk mengurangkan perlakuaan negatif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran serta untuk meningkatkan tumpuan pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Persoalan Kajian:
pengkaji tidak menyatakan persoalan kajian.
Methodologi, Sampel Kajian, Setting Kajian:
Kajian ini dilakukan selama tujuh minggu terhadap seorang pelajar yang sering menunjukkan perlakuan yang tidak diingini dalam kelas. Rekabentuk kajian adalah merancang, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Pengkaji melakukan kajian di Sekolah Menengah Tun Tuah, Melaka.
Pengumpulan Data dan Penganalisisan Data
Pengkaji menggunakan kaedah pengumpulan data secara pemerhatian. Indikator yang digunakan adalah melalui nasihat dan teguran; penggunaan radio; penggunaan alat muzik; dan dendaan.
Nasihat dan Teguran
Pengkaji menggunakan nasihat dan teguran pada permulaannya. Kaedah ini dijalankan selama seminggu yang melibatkan pelaksanaan pemerhatian, dan refleksi terhadap kaedah itu.
Penggunaan Radio
Kaedah kedua adalah penggunaan radio. Jangka masa waktu yang digunakan juga adalah seminggu yang melibatkan proses perlaksanaan, pemerhatian dan refleksi.
Peralatan Muzik
Kaedah ketiga adalah melibatkan penggunaan alat muzik. Pelajar tersebut akan bermain alat muzik. Jangka masa waktu yang digunakan juga adalah seminggu yang melibatkan proses perlaksanaan, pemerhatian dan refleksi.
Denda
Indikator terakhir yang digunakan adalah melalui kaedah dendaan. Denda akan dikenakan apabila pelajar tersebut menunjukkan tingkahlaku yang negatif.
Dapatan Kajian:
Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah yang paling berkean untuk mengurangkan tatingkahlaku negatif oleh pelajar tersebut adalah melalui kaedah dendaan. Kaedah lain yang digunakan oleh pengkaji tidsk menunjukkan perubahan tingkahlaku yang diharapkan. Melalui kaedah peralatan muzik dan radio, pelajar tersebut hanya memberikan menghentikan tingkahlaku tersebut semasa muzik dan radio dimainkan tetapi ia akan kembali melakukan tingkahlaku lama apabila muzik dan radio dihentikan. begitu juga melalui kaedah nasihat, pengkaji gagal membentuk perubahan tingkahlaku pelajar.
Implikasi Kajian
Kajian menunjukkan kanak-kanak khas ini memerlukan konsep dendaan untuk mengubah tingkahlaku negatif mereka. Kanak-kanak berkeperluan khas ini perlu kepada pendekatan yang sedikit ekstrim untuk mengubah tingklahlaku negatif kepada tingkahlaku positif.
Penambahbaikan:
Pengkaji tidak menyatakan cadangan dan penambahbaikan.
Cadangan serta penambahbaikan daripada pengulas adalah kaedah dendaan ini dikurangkan secara beransur-ansur supaya pelajar yang melakukan tingkahlaku negatif ini mempunyai perubahan tingkahlaku kekal. Selain itu, proses kaunseling khas perlu diberikan kepada kanak-kanak ini untuk mengurangkan tingkahlaku negatif.
Apa yang Dapat Dipelajari daripada Kajian Tindakan Ini Melalui kajian yang dilakukan, pengulas mendapati teori yang diperkenalkan oleh Skinner boleh diaplikasikan dalam mendidik pelejar berkeperluan khas terutamanya yang mengalami masalah dalam tingkahlaku. Guru perlu peka terhadap tingkahlaku luarbiasa murid untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna.