BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, October 29, 2009

Aktiviti 2: Abstrak Journal

Tajuk Journal:


KESAN PENGGUNAAN GAMBAR DAN PROMPT KEATAS TULISAN MURID. KAJIAN TINDAKAN OLEH PELAJAR SISWAZAH DI UNIVERSITI NEGARI CARLIFONIA, NORTHFIDGE



Sembilan Pelajar Siswazah (Penyelidik-Guru) dengan purata enam tahun pengalaman mengajar (1-15thn) menyertai kajian tindakan untuk mengkaji pengaruh penggunaan alatan bantuan visual (gambar) ke atas kemahiran menulis kanak-kanak. Sejumlah 165 murid awal persekolahan terlibat dalam dua fasa projek kajian. 83 lelaki dan 82 perempuan tadika hingga Gred ke-2.

Data menunjukkan apabila guru memilih tugasan menulis sebagai salah satu cara untuk meningkatkan kemahiran menulis, adalah penting bagi mereka mengetahui sama ada prompt sahaja ataupun secara bersama gambar lebih memberi manfaat kepada mereka.

Untuk younger student dan kemungkinan, pelajar bahasa kedua, gambar memberikan bantuan dalam kemahiran menulis dan lukisan. Bagaimanapun selepas tadika, gambar bersama prompt tidak memberikan kesan yang positif dapa penulisan mereka.

Pengkaji telah menyimpulkan bahawa bahawa walaupun gambar boleh menyediakan konteks dan maklumat kepada pelajar di semua peringkat umur untuk menulis, ia boleh menyekat kreativiti mereka. Ini adalah hasil dapatan yang tidak dijangka; kerana faktor-faktor yang mempengaruhi tulisan mereka adalah latarbelakang, pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada dalam Bahasa Inggeris pelajar itu sendiri.





KAJIAN TINDAKAN KAUNSELOR SEKOLAH: CONTOH KAJIAN KES
Leslie Luck.


Pencapaian pelajar yang menghadiri program intervensi Kemahiran Pelajar Berjaya (Student Success Skills) yang berkaitan dengan kaunselor sekolah dikenalpasti. Pelajar Gred 4 dan 5 terlibat dalam kajian ini. Pencapaian hasil dikira menggunakan Ujian Penilaian Komprehensif Florida (Florida Comprehensive Assessment Test). Pelajar yang terlibat dalam intervensi menunjukkan peningkatan yang tinggi dalam skor bacaan dan matematik daripada pelajar lain di daerah tersebut. Penulis menerangkan bagaimana perkongsian memprebaiki pencapaian pelajar seterusnya dapat mengurangkan tugas kaunselor sekolah dalam menyediakan program kaunseling sekolah sebagai satu penghargaan yang lebih besar dan hormat kepada kaunselor sekolah tersebut.



ACTION RESEARCH ON THE DEVELOPMENT OF A CARING CURRICULUM IN TAIWAN: PART II
Jane Lee-Hsieh et, al.

Artikel ini menyatakan pembangunan, rekabentuk, pelaksanaan, dan penilaian untuk membangunkan kurikulum bagi kursus tahun 3 bagi jururawat di Taiwan yang mengambil masa 5 tahun pengajian. Kursus tersebut, bertajuk Aplikasi Konsep Penjagaan (Caring) di ajar kepada lebih 800 pelajar oleh lebih 16 tenaga pengajar daripada pelbagai jabatan. Pengajar menghadiri bengkel dan seminar dan mereka bentuk bahan dan strategi pengajaran. Strategi pengajaran termasuk role modeling, dialog, perbincangan, journaling, simulasi, membaca, dan projek yang melibatkan pelajar mengaplikasi caring skil di luar bilik darjah. Pelajar di nilai oleh pesakit dalam latihan klinikal menggunakan borang Caring Behavior Measurement, yang dinilai menggunakan kaedah analisis kualitatif (maklumbalas pelajar). hasil mendapati, maklumbalas terhadap kandungan kursus dan kaedah pengajaran adalah positif. Pesakit secara umumnya menyatakan bahawa pelajar menunjukkan prestasi yang baik dalam tingkahlakunya. Kajian menunjukkan bahawa dengan kurikulum dan strategi pengajaran yang sesuai, pelajar boleh belajar kemahiran penjagaan dengan sempurna.

No comments:

Post a Comment