Kajian Tindakan adalah satu pendekatan penyelidikan yang berusaha mempertingkat mutu profesionalisme guru. Ia merupakan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah yang bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru.
Ia adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-gurun menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya.
Kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing- masing.
Kesimpulannya, Kajian Tindakan adalah “ belajar daripada apa yang dibuat. ” (learning by doing)
No comments:
Post a Comment