BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, October 29, 2009

TUGASAN 2: ULASAN JOURNAL 3

ACTION RESEARCH ON THE DEVELOPMENT OF A CARING CURRICULUM IN TAIWAN: PART II
Jane Lee-Hsieh et, al.

Artikel ini menyatakan pembangunan, rekabentuk, pelaksanaan, dan penilaian untuk membangunkan kurikulum bagi kursus tahun 3 bagi jururawat di Taiwan yang mengambil masa 5 tahun pengajian. Kursus tersebut, bertajuk Aplikasi Konsep Penjagaan (Caring) di ajar kepada lebih 800 pelajar oleh lebih 16 tenaga pengajar daripada pelbagai jabatan. Pengajar menghadiri bengkel dan seminar dan mereka bentuk bahan dan strategi pengajaran. Strategi pengajaran termasuk role modeling, dialog, perbincangan, journaling, simulasi, membaca, dan projek yang melibatkan pelajar mengaplikasi caring skil di luar bilik darjah. Pelajar di nilai oleh pesakit dalam latihan klinikal menggunakan borang Caring Behavior Measurement, yang dinilai menggunakan kaedah analisis kualitatif (maklumbalas pelajar). hasil mendapati, maklumbalas terhadap kandungan kursus dan kaedah pengajaran adalah positif. Pesakit secara umumnya menyatakan bahawa pelajar menunjukkan prestasi yang baik dalam tingkahlakunya. Kajian menunjukkan bahawa dengan kurikulum dan strategi pengajaran yang sesuai, pelajar boleh belajar kemahiran penjagaan dengan sempurna.



PENGENALAN DAN PERNYATAAN MASALAH


Beberapa tahun sebelumnya, pelajar jururawat kurang mahir dalam latihan penjagaan. Oleh yang demikian, pada tahun 2002, pengkaji membangunkan satu korikulum khusus tentang perkara ini (penjagaan). Ia mengandungi 6 jam kredit yang ditawarkan pada tahun pertama, ketiga dan keempat termasuk aktiviti luar seperti hadiri seminar dan buat kerja amal.



OBJEKTIF KAJIAN


Objektif kajian tindakan ini adalah:

  1. untuk meninjau (review) dan menambahbaikl konsep pengajaran bagi subjek tahun satu, iaitu Pengenalan kepada Penjagaan, yang menfokuskan kepada perkembangan dan pencapaian kemahiran penjagaan secara peribadi.

  1. Menperkenalkan konsep penjagaan dalam konteks sosial dengan membangunkan kemahiran penjagaan baru untuk remaja, dewasa orang tua, individu yang tidak mempunyai jaringan sosial, masyarakat yang berbeza budaya, dan persekitaran semula jadi.



SAMPEL DAN SETING KAJIAN


Melibatkan 800 pelajar dengan 16 orang instraktur pelatih daripada pelbagai jabatan. Kajian ini menglibatkan peserta-peserta kajian tindakan untuk meningkatkan dan mengembangkan tahap pengajaan dalam kursus Pengapliksian Konsep Penjagaan. Peserta terdiri daripada 4 orang penulis artikel bersama-sama 12 orang instrktur daripada pelbagai jabatan di universiti. Kajian di jalankan di Fooyin University, Kaohsiung.


PROSEDUR KAJIAN


Kualiti data kajian ini diperolehi melalui syarahan kuliah, interview, dokumen kurikulum (nota kuliah, tugasan pelajar dan ujian), rakaman tentang perbincangan kurikulum dan soal-jawab secara terbuka.

Enam belas orang instraktur yang terdiri daripada pelbagai jabatan iaitu jabatan kejururawatan (9 orang), psikologi (3 orang), sosiologi (2 orang), biologi (1 orang), pendidikan (1 orang) yang diambil untuk membangunkan kursus tersebut. Pembangunan kursus ini melibatkan proses perancangan, rekabentuk, pelaksanaan dan penilaian.

Perancangan

Tahap perancangan(Jun 2003 hingga Jun 2004)- pengkaji menjemput sarjana daripada universiti lain untuk memberi seminar dan bengkel berkenaan konsep dan pengajaran kejururawatan. berdasarkan kepada pengalaman, maklumbalas dari pengajar, kajian literatur dan kerangka kurikulum, Aplikasi Konsep Penjagaan dibangunkan.


Rekabentuk

Pada peringkat rekabentuk ( Jun 2004 hingga Januari 2005)- kesemua 16 instraktur mencari dan mengumpul maklumat yang berkaitan dengan kursus tersebut dan membangunkan panduan yang mengandungi rujukan dan maklumat yang diperlukan. buku panduan ini digunakan sebagai rujukan dalam pengajaran. Buku panduan ini dibentangkan dalam seminar selama 2 hari. Pembentangan tersebut dirakam untuk rujukan seterusnya.



Pelaksanaan

Tahap pelaksanaan ( September 2004 hingga Januari 2005) pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar diperkenalkan, termasuk juga kaedah kuliah, modeling, dialog, berkumpulan, praktis dalam dan luar kelas terhadap kemahiran tertentu dan tindakan. pelajar digalakkan untuk mertindak terhadap pengalaman penjagaan dan berkongsi dengan rakan dan pengajar.



Penilaian

Penilaian fitekanken kepada tiga perkara utama dalam pencapaian pelajar iaitu;

  1. Pengetahuan 'Penjagaan'. dinilai melalui ujian bertulis, laporan jurnal dan laporan berkumpulan
  2. Sikap 'Penjagaan'. Dinilai oleh kehadiran kelas dan journaling.
  3. Tingkahlaku 'Penjagaan'. dinilai oleh kedua-dua kaedah kualitatif dan kuantitatif. Borang kuantotatif ditanda oleh pesakit seramai 157 orang.



PENGUMPULAN DATA DAN ANALISIS DATA


Data dikumpulkan melalui dia kaedah iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. data kualitatif diperolehi melalui kajian literatur, interview, dokumen kurikulum, perbincangan kurikulum dan soalan terbuka (open-ended questions).


Data kuantitatif pula dikumpulkan melalui instrumen Pengukuran Tingkahlaku Penjagaan (Caring Behavior Measurement). Ia mengandungi 26 soalan yang menggunakan skala likert 4 markah.



HASIL.


Data yang dikumpulkan menunjukkan bahawa proses pembangunan kurikulum tersebut tersebut telah berjaya melahirkan jururawat yang dapat mengaplikasikan konsep penjagaan dalam kerjaya mereka.


No comments:

Post a Comment