BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, October 28, 2009

TUGASAN 2: ULASAN JOURNAL 2



KESAN PENGGUNAAN GAMBAR DAN PROMPT KEATAS TULISAN MURID. KAJIAN TINDAKAN OLEH PELAJAR SISWAZAH DI UNIVERSITI NEGARI CARLIFONIA, NORTHFIDGE



Abstrak


Sembilan Pelajar Siswazah (Penyelidik-Guru) dengan purata enam tahun pengalaman mengajar (1-15thn) menyertai kajian tindakan untuk mengkaji pengaruh penggunaan alatan bantuan visual (gambar) ke atas kemahiran menulis kanak-kanak. Sejumlah 165 murid awal persekolahan terlibat dalam dua fasa projek kajian. 83 lelaki dan 82 perempuan tadika hingga Gred ke-2.

Data menunjukkan apabila guru memilih tugasan menulis sebagai salah satu cara untuk meningkatkan kemahiran menulis, adalah penting bagi mereka mengetahui sama ada prompt sahaja ataupun secara bersama gambar lebih memberi manfaat kepada mereka.

Untuk younger student dan kemungkinan, pelajar bahasa kedua, gambar memberikan bantuan dalam kemahiran menulis dan lukisan. Bagaimanapun selepas tadika, gambar bersama prompt tidak memberikan kesan yang positif dapa penulisan mereka.

Pengkaji telah menyimpulkan bahawa bahawa walaupun gambar boleh menyediakan konteks dan maklumat kepada pelajar di semua peringkat umur untuk menulis, ia boleh menyekat kreativiti mereka. Ini adalah hasil dapatan yang tidak dijangka; kerana faktor-faktor yang mempengaruhi tulisan mereka adalah latarbelakang, pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada dalam Bahasa Inggeris pelajar itu sendiri.



Pernyataan Masalah Kajian


Mengajar murid untuk menulis seringkali memberikan masalah kepada guru. Proses menulis dipengaruhi oleh faktor-faktor yang pelbagai, seperti sikap kanak-kanak terhadap penulisan, minat terhadap satu-satu topik, latar belakang pengetahuan dan pengalaman. Terdapat banyak strategi yang digunakan oleh guru untuk memastikan murid tersebut boleh menulis. Gambar dan visual yang lain adalah popular kerana gambar menjana idea murid untuk menulis tentang apa yang difikirkannya, adakah ianya betul? Adakah menulis prompt yang disertakan oleh gambar selalu berkesan dalam membantu murid dalam proses menulis?.



Persoalan Kajian


Adakah murid pada Gred Utama (K-2) respon bila diminta menulis menggunakan gambar dan prompt, dibandingkan dengan tulisan tanpa gambar?



Objektif Kajian


Objektif kajian adalah mengkaji bagaimana murid pada Gred Utama (K-2) respon bila diminta menulis menggunakan gambar dan prompt, dibandingkan dengan tulisan tanpa gambar.



Sampel Kajian dan Setting Kajian


Sampel kajian adalah seramai 165 murid baru dilibatkan dalam kajian ini yang mewakili 83 lelaki dan 82 perempuan. Daripada Tadika (55 murid) adalah Gred ke dua,berumur lima hingga lapan tahun. Sepuluh murid tidak hadir sama ada pada fasa 1 atau fasa 2 tersebut tidak termasuk dalam analisis ini. Dua pertiga murid (73 murid) berasal dari tahap demografi yang rendah yang ditanda dengan Pertama. Selebihnya adalah datang dari golongan pertengahan yang ditanda dengan Kedua (37 murid). Sampel kajian dari tadika adalah datang dari satu sekolah, sampel Gred Satu datang dari empat sekolah yang berlainan daerah termasuk sekolah persendirian, dan sampel dari Gred Dua datang dari dua daerah berlainan.



Prosedur Kajian


Dibantu oleh penulis dan pengajar, pelajar siswazah melaksanakan kajian dengan pemerhatian sama ada murid tersebut dipengaruhi atau tidak dalam menulis berbantukan gambar. Instruktor kursus membantu pengkaji-guru mengumpul dan analisis data.


Pengkaji-guru membuat banyak keputusan untuk kajian ini, termasuk jenis gambar prompt (potograph atau lukisan lini) yang ingin digunakan, yang mana gambar dan prompt di nyatakan., jenis kertas yang ingin digunakan (pelbagai gred dan tahap), dan bagaimana untuk hasilkan produk akhir. Kebanyakan keputusan adalah diputuskan secara perbincangan dan undian. Pda masa yang sama, pengkaji memikirkan adalah baik jikalau terdapat alternatif yang membantu mereka menyelesikan masalah yang kecil ini. Kadang2 juga mereka menjadi kecewa terhadap proses yang rumit ini. Walaubagaimanapun, mereka semua melihat kepelbagaian dalam mengumpul dan memprsembahkan data.


Pengkaji-guru juga menggunakan masa yang banyak untuk membahagikan murid kepada kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Mereka menekankan kepada keseimbangan setiap kumpulan untuk keda-duanya. Satu kumpulan akan menulis melalui gambar prompt dan kumpulan kedua adalah menulis tanpa melihat gambar.


Setiap murid diminta memnawa gambar. Gambar tersebut kemudian dikumpulkan dan dipilih oleh pengkaji-guru berdasarkan gambar yang paling sesuai digunakan untuk murid-murid tersebut. Pemilihan ini pada awalnya adalah sangat rumit. Ada yang memilih untuk menggunakan gambar lukisan dan ada yang ingikan gambar asli. Akhirnya gambar yang dipilih adalah gambar strawberi dan tembikai kerana buah tersebut menunjukkan buah pada kadar saiz dan warna yang sama.

Penilaian terhadap murid juga sukar kerana jika murid tersebut meniru rakan di sebelah. Lagipun pemilihan buah yang sama menyebabkan pelajar menjadi sedikit keliru.


Kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen diasingkan. Pada fasa pertama, kumpulan eksperimen menulis melalui bantuan gambar dan prompt. Manakala kumpulan kawalan menulis menggunakan prompt sahaja. Fasa kedua pula, kumpulan kawalan pula menulis menggunakan kaedah pronpt sahaja manakala kumpulan kawalan menulis menggunakan kaedah gambar dan prompt. Gambar pertama adalah strawberi manakala gambar kedua adalah tembikai.

Pengkaji-guru akan menilai tulisan murid. Tahap ini sangat kompleks kerana pengkaji-guru terdiri dari pelbagai latarbelakang dan tahap dan tetapi mereka risau bagaimana ingin menilai dengan adil.



Pengumpulan Penganalisisan Data


Berdasarkan huraian yang diberikan, pengumpulan data adalah melalui kaedah pemerhatian dan penilaian. Data dianalisis berdasarkan kepada yang dilakukan adalah berdasarkan kepada kualiti penulisan dan bilangan huruf tulisan.



Pengkaji-guru mengira setiap huruf yang ditulis ole murid. Penekanan diberikan kepada subkategori tulisan yang digunakan: iaitu tahap kecakaran, kecakaran, huruf besar da kecil, jarak, frasa dan lain-lain lagi. Analisis ejaan juga diambil kira iaitu tahap ejaan, tahap random, transisi perkataan, dan tahap konversional. Kemudian, enam unsur dikenalpasti dalam tulisan tersebut iaitu bagaimana kanak-kanak mendapat idea untuk menulis, pemilihan perkataan, kejelasan ayat, dan amalan biasa.’


Penulisan pelajar di fasa 1 dan dua dianalisis menggunakan kaedah mengesan enam perbezaan utama dalam tulisan. Guru mengenalpasti tulisan yang ditulis oleh pelajar di fasa 1, kemudian membandingkannya dengan fasa 2 bagi masing-masing kategori.


Elemen yang diberi penekanan:

Ejaan
  1. Tahap secara random
  2. Tahap tradidional
  3. Tahap konvesional

Evolusi Penulisan kanak-kanak
  1. Tahap Cakaran
  2. Cakaran
  3. tiru/benar
  4. label gambar
  5. Copy enviromental print
  6. Penggunaan perkataan awalanpenggunaan ayat tengah2
  7. masukkan ayat

fasa penulisan
  1. keseluruhan ayat
  2. Tahap perkembangan penulisan
  3. Cakaran
  4. Pengasingan-letter
  5. transisi
  6. stail penulisan
  7. Tahap penulisan

Inventori penulisan-gambar/prompt-:
  1. Bilangan perkataan
  2. bilangan ayat
  3. Semantik
  4. Adakah gambar sama dengan penceritaan?


Dapatan Kajian


Dapatan kajian adalah berdasarakan kepada dua elemen utama iaitu kualiti penulisan dan bilangan huruf tulisan.


Kualiti Tulisan


Dapatan kajian menunjukkan 33% murid tadika menunjukkan peningkatan dalam kualiti penulisan melalui gambar dan prompt; 15% menunjukkan peningkatan dalam kualiti penulisan melalui oral prompt, dan 52% menulis sama dalam kedua-dua fasa kajian.


Murid gred 1 menunjukkan menunjukkan 30% peningkatan dalam kualiti penulisan melalui gambar dan prompt; 27% menunjukkan peningkatan dalam kualiti penulisan melalui oral prompt, dan 43% menulis sama dalam kedua-dua fasa kajian.


Murid gred 2 pula menunjukkan menunjukkan 48% peningkatan dalam kualiti penulisan melalui gambar dan prompt; 40% menunjukkan peningkatan dalam kualiti penulisan melalui oral prompt, dan 12% menulis sama dalam kedua-dua fasa kajian.


Bilangan Huruf Tulisan


Dapatan kajian menunjukkan 34% murid tadika menunjukkan peningkatan dalam bilangan penulisan melalui gambar dan prompt; 15% menunjukkan peningkatan dalam bilangan penulisan melalui oral prompt, dan 52% menulis sama dalam kedua-dua fasa kajian.


Murid gred 1 menunjukkan 15% peningkatan dalam bilangan penulisan melalui gambar dan prompt; 15% menunjukkan peningkatan dalam bilangan penulisan melalui oral prompt, dan 70% menulis sama dalam kedua-dua fasa kajian.


Murid gred 2 menunjukkan 38% peningkatan dalam bilangan penulisan melalui gambar dan prompt; 43% menunjukkan peningkatan dalam bilangan penulisan melalui oral prompt, dan 19% menulis sama dalam kedua-dua fasa kajian.

No comments:

Post a Comment