BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, October 25, 2009

TUGASAN KELAS: MENGAPAKAH KAJIAN TINDAKAN PENTING DIJALANKAN OLEH GURU

10 Sebab perlunya kajian tindakan dijalankan oleh guru adalah:

  1. Peranan guru bukan setakat pendidik tetapi juga pengkaji. Oleh demikian, guru dapat mengenalpasti masalah yang timbul dalam lingkungan sekolah bilik darjah dan mengambil langkah-langkah yang perlu.
  2. Hasil dari kajian tindakan membolehkan guru mencari alternatif terbaik tentang kaedah mengajar untuk memastikan pelajar dapat belajar dengan sempurna
  3. Kajian tindakan mampu menjana minda guru yang kreatif dsan kritis dalam semua bidang samada berkaitan dengan pendidikan atau tidak
  4. Hasil dari kajian tindakan boleh digunakan untuk membuat penambahbaikan kepada sistem yang sedia ada di sekolah.
  5. Melalui kajian tindakan, guru dapat memperkembangkan pengetahuan mereka melalui maklumat-maklumat baru yang diperolehi
  6. Guru dapat membantu pelajar dalam proses mendapatkan ilmu pengetahuan
  7. Kajian tindakan akan memacu kecemerlangan pelajar dalam pelbagai bidang samada akademik atau ko-kurikulum.
  8. Kajian tindakan akan membentuk budaya penyelidikan di kalangan guru.
  9. Melalui kajian tindakan, guru dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan
  10. Kajian tindakan membolehkan guru mendapatkan sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran pelajar, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment