BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 27, 2009

TUGASAN 2: ULASAN JOURNAL 1

KAJIAN TINDAKAN KAUNSELING SEKOLAH; SATU KAJIAN KES.



Bold

PENGENALAN DAN PERNYATAAN MASALAH


Situasi semasa dalam pendidikan yang menekankan kepada membuat keputusan berasaskan data (data-driven decision making),kaunselor sekolah diberi tekanan untuk membuktikan bahawa bagaimana mereka dapat menyumbang dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Situasi ini menegaskan bahawa penting bagi kaunselor sekolah menggunakan Model Kebangsaan ASCA untuk membantu mereka memahami kepentingan menggunakan kaedah program berasaskan bukti (evidence-based program), iaitu bagaimana memilih intervensi untuk menyokong program kaunseling di sekolah, dan mengumpul dan menggunakan data dan menunjukkan perbezaan antara pelajar.

Berdasarkan kepada keperluan ini, ketua daerah (sekolah) memilih untuk menyediakan latihan untuk kaunseling sekolah untuk melaksanakan program berdasarkan bukti (evidence-based program), iaitu Student Success Skills (SSS)yang merupakan sebahagian dari program kaunseling sekolah. Kaunselor sekolah dilatih untuk mengaplikasikan SSS di sekolah. Ia adalah termasuk kerangka untuk pengumpulan data dan lain-lain.



OBJEKTIF KAJIAN


Objektif kajian tindakan ini adalah:

  1. Untuk menilai keberkesanan SSS intervensi dalam meningkatkan pencapaian akedemik untuk pelajar Gred 4 dan 5

  1. Mengumpul data yang boleh dikongsi bersama gurudan pentadbir untuk menyokong kepentingan peranan kaunselor sekolah



SAMPEL DAN SETING KAJIAN


Sampel kajian adalah pelajar Gred 4 dan 5 dari sekolah luar bandar di Duval Country, Florida.



PROSEDUR KAJIAN


SSS skil diperkenalkan untuk lima kelas dan kemudian dibuat ujian FCAT pada musim bunga. Pelajar yang mendapat markah rendah akan dilibatkan dengan intervensi kaunseling SSS. Pelajar yang diambil adalah berdasarkan kepadakerajinan, tingkahlaku, dah habit dalam pembelajaran untuk memastikan keseimbangan dan membolehkan kauselor memastikan komitmen mereka terhadap intervensi SSS. Sesi SSS dibuat paling banyak selama 8 sesi. Mereka dikehendaki hadiri satu pembelajaran SSS secara bilik darjah dan paling kurang lima sesi SSS dalam kumpulan kecil. Purata satu kumpulan adalah antaa 5 hingga 7 orang. Data dikumpul selama tiga tahun berturut-turut iaitu tahun 2005/06, 2006/07 dan 2007/08.



PENGUMPULAN DATA


Data dikumpulkan dari pelejara yang menghadiri intervensi secara bilik darjah dan juga kumpulan kecil. Kaunselor menggunakan spreadsheet yang mengandungi nombor pelejar, gred, bangsa, jantina, bilangan kehadiran sesi SSS, nombor kumpulan, tahap pencapaian awal dan tahap pencapaian akhir. (+/-) tahap perubahan, Skala markah perkembangan (Developmebt Scale Score-DSS) awal dan akhir, dan (+/-) perunahan DSS.



ANALISIS DATA


Data dianalisis menggunakan skor min untuk semua pelajar. DSS digunakan kerana pelajar boleh menunjukkan kemajuan mereka dalam FCAT dan boleh dikenal pasti dengan mudah. Skala skor adalah 100 hingga 500 dan ditukar kepada DSS- 0 hingga 3000. skor DSS akan diberikan kepada pelajar dan ibu bapa. Data kemudian diberikan kepada ketua kaunselor kawasan (sekolah) dan digabungkan dengan keseluruhan data untuk kawasan tersebut. Data dibandingkan untuk ketiga-tiga tahun tersebut. Data yang terlibat adalah berkaitan dengan matematik dan pembacaan untuk pelajar tersebut. Markah untuk pelajar ini kemudiannya dibandingkan dengan markah untuk semua pelajar yang terlibat untuk daerah tersebut.



HASIL.


Fokus kajian tindakan ini adalah kesan SSS ke atas markah intervensi pelajar gred 4 dan 5. Hasil menunjukkan peningkatan yang ketara bila dibandingkan dengan pelajar antara daerah.

No comments:

Post a Comment