BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, October 26, 2009

AKTIVITI 1: APA ITU KAJIAN TINDAKAN-ULASAN BUKU

Apa Itu Kajian Tindakan.


Kajian tindakan sebagai proses kitaran, dinamik, dan kolaboratif yang menekankan kepada isu sosial dalam masyarakat yang mempengaruhi kehidupan mereka.


Kajian tindakan adalah bentuk pengumpulan, penyiasatan relektif-kendiri yang dijalankan dalam situasi sosial yang bertujuan untuk meningkatkan rasionaliti dan keadilan dalam sosial mereka atau dalam pendidikan, juga memahami praktis dan situasi dimana praktis ini dilaksanakan. (Kemmis & McTaggart, 1988)

Satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah amalan. Pendekatan ini memerlukan guru melaksanakan inkuiri penemuan secara individu serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif. (McNiff :1988)

Kajian tindakan membantu kita mempelajari konsep, idea, penerangan dan penambah baikan baru yang boleh dilakukan kerana ia merupakan alat yang digunakan untuk pembelajaran di sekolah dan di dalam bilik darjah.

Kajian tindakan boleh digunakan dan dilaksanakan untuk aktiviti pembelajaran sama di kelas dan di sekolah.

Kajian tindakan juga mampu memberikan hasil yang terbaik seperti membentuk rancangan, polisi, program dan prosedur yang efektif,


..............

Satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Participant (pengurus sekolah, guru atau pelajar ) membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baru. Usaha ini dilaksanakan dalam apa-apa jua keadaan dengan tujuan memperbaiki amalan kerja, menambah kefahaman baru dan meningkatkan profesionalisme dalam profesion keguruan


Dalam perkataan mudah, kajian tindakan ialah satu penyelidikan yang dilakukan oleh seorang guru terhadap amalan kerjanya di bilik darjah atau di sekolah untuk mempertingkatkan lagi kualiti dan keberkesanan kerja yang dilakukannya agar dapat melahirkan para pelajar yang cemerlang dari setiap aspek..




Ciri Kajian Tindakan



Dilakukan oleh guru dalam konteks tugas seharian, dalam situasi sebenar.


Dilakukan secara individu atau kumpulan atau kolaboratif dengan guru yang bersifat kritis kendiri dan berkomitmen untuk meningkatkan kefahamannya.


Menggunakan tindakan praktis/intervensi bagi menyelesaikan masalah dan mengembangkan pengetahuan secara serentak.


Banyak guna refleksi kendiri terhadap kekuatan / kelemahan amalan.


Melibatkan guru bina teori daripada amalan sebenar.


Penekanan kepada masalah praktik bukannya masalah teori.


Dilakukan secara berterusan, berkembang mengikut kitaran



_________________________________________________________________________

Kajian tindakan ialah proses penyelidikan yang sistematik yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yan dilakukan oleh guru dalam situasi sosial itu sendiri (guru/pendidik) sebagai penyelidik.

Melaksanakan tindakan praktik (intervensi ) mereka sendiri yang bertujuan untuk membaiki dan meningkatkan kualiti amalan mereka.

- kitaran

-dinamik-kolabratif



______________________


Kajian bilik darjah adalah merujuk kepada pemerhatian yang dilakukan semasa aktiviti pembelajaran, refleksi dan perbincangan, melalui data daripada penyelidikan kawan-kawan yang lepas dan literature review.
•Kajian ini membantu guru menjadi guru yang efektif dan pelajar akan belajar bagaiman untuk menjadi pelajar yang efektif
•Kajian bilik darjah adalah berbeza daripada penilaian bilik darjah (classroom assessment -lebih kepada what) sebaliknya classroom assessment merupakan sub kecil dalam kajian bilik darjah (why).


CIRI-CIRI KAJIAN BILIK DARJAH

•Learner-centered –lebih kepada bagaimana pelajar terlibat dengan aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah
•Teacher-directed – guru sebgai penyelidik utama
•Kolaboratif –dilakukan sesama guru di dalam bilik darjah
•Context-specific
•Practical and RelevantBerterusan

No comments:

Post a Comment